Pelan perubatan MediHarapan membantu anda membayar bil hospital yang disebabkan oleh sakit atau kemalangan. Dengan adanya perlindungan perubatan dari MediHarapan, anda tidak perlu risau tentang kos-kos hospital yang perlu ditanggung. Termasuklah kos bilik & penginapan hospital, bekalan & khidmat hospital, bayaran pembedahan, lawatan pakar perubatan dalam hospital, rawatan selepas kemasukan hospital, bayaran ambulans dan sebagainya.
Apakah Kelebihan Produk MediHarapan Ini?
Tiada Had Keseluruhan Seumur Hidup
Tiada had keseluruhan seumur hidup untuk pelan ini. Hanya kad tahunan yang terpakai.
5% Diskaun Keluarga
Nikmati diskaun sebanyak 5% apabila anda menyertai I-Great MediHarapan dengan pasangan dan ahli keluarga anda.
MANFAAT PERLINDUNGAN PERUBATAN MEDIHARAPAN 150
Bilik Rawatan RM150/hari
Nikmati bilik rawatan di hospital swasta RM150/hari
RM150,000 Had Keseluruhan Tahunan
Nikmati RM150,000 had keseluruhan tahunan dengan hanya RM2.50 sehari
Perlindungan perubatan sehingga umur 100 Tahun
Dapatkan perlindungan dan manfaat perubatan sehingga anda mencapai 100 tahun hari lahir berikutnya
Deduktibel sebanyak RM300 untuk setiap admission
Bayar hanya RM300 daripada jumlah bil hospital anda untuk setiap kemasukkan wad bagi manfaat tertentu yang dilindungi sahaja, dan kami akan tanggung selebihnya.
Rawatan Kemalangan Pesakit Luar RM5,000
Dapatkan rawatan pesakit luar disebabkan kemalangan di hospital swasta ataupun klinik dan jumlah bil tersebut dapat claim semula (Pay n Claim) bagi kecederaan yang tak serius yang tidak menyebabkan admit ke dalam wad.
Elaun Bermalam Hospital Kerajaan RM100/Hari
Elaun bermalam akan diberikan RM100/hari mengikut jumlah hari anda dimasukkan ke dalam wad untuk hospital kerajaan.
Anggaran Bayaran Bulanan untuk Pelan Perlindungan Medical Card Mediharapan 150
.jpg)